Khamis, 6 Februari 2014

Sabar, ikhlas, redho

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..

Salam jumaat hari penghulu segala hari

Entry kali ini kita sentuh mengenai sabar, ikhlas dan redho.

Setiap ujian em..bukan bukan..setiap benda yang berlaku adalah ujian bagi kita.. tak kisah la benda baik atau benda buruk..semuanya ujian..kita dijadikan berharta, besar ujiannya. Kita dijadikan orang sederhana atau yang tak berkemampuan, besar ujiannya..begitu lah sebenarnya..

Jadi setiap yang berlaku, kita harus
Pertama: sabar
Kedua : ikhlas
Ketiga: redho

Ke empat : mintak Allah tunjukkan hikmah disebalik kejadian tu.. =)

Mmg susah..tpi cuba kita amalkan..
Kalau rasa nak marah, melenting, xsabar, cuba korang sebut "sabar ali, sabar fatimah" ali dan fatimah tu korang ganti dengan nama sendiri..insyaAllah..cuba..daripada korang maki maki kan...

Selamat =)

Khamis, 26 Disember 2013

1# NIKMAT SIHAT

Assalamualaikum wbt dan Salam sejahtera di ucapkan...


Bila baca je 'nikmat sihat', ada tak korang teringat dengan lagu "ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua dot dot dot" korang sambung sendiri la ye, kata pun hafal..

Ya, mungkin sesetengah tu cakap, 'alah perkara remeh@kecik je', 'demam sehari dua tiga, pahtu sembuh', Ya, betapa bertuahnya kalau macam tu. ucapkan alhamdulillah tanda syukur..



Ni nak cerita cket banyak, pengalaman saya tak sihat lebih kurang DUA BULAN..ulang suara, DUA BULAN..sakit apa? ala, panas panas badan je, loya sentiasa, muntah kadang kadang, BATUK TAKDE, SELESEMA TAKDE. Doktor pelik jugak la, takde batuk, takde selesema.. cane nak wat ni..

Hah, macam tu la saya hampir dua bulan. Panas badan ni memang panas, mengigil jugak tidur malam nya. Sampai satu tahap tu pasai tak tahan sangat tanggung sakit tu
"Ya Allah, sakitnya, aku tak tahan, rasa macam nak mati pun ada, rasa tak larat lagi"
Ya, saya tahu saya tak boleh cakap camtu, tapi begitulah rasanya sakit tu.. Saya pun pelik nape boleh terlintas macam tu..Astagfirullah..

Nak cakap tang mana nikmat sihat tu?

Sakit ni tak berterusan sepanjang dua bulan la..dia ok cket je dalam 1 2 hari, pahtu datang balek panas badan tu..ya, mmg panas.tanya lah teman saya tatkala tu, dorang pegang je saya "ish, PANAS nya?!"...macam tu lah dia..tu pun ok bukan ok sembuh..tahap ok tu cuma kureng panas daripada biasa...

gambar hiasan semata mata ni..
nak jadikan nya dugaan, masa kena tu sebelum puasa, maka berlarutan sepanjang bulan puasa, dan selepas puasa..lagi lah, nama pun puasa kan, mana nak makan ubat siang siang hari..pahtu dengan tarawikh nya,,dengan mengaji al-quran yang azamnya nak habiskan 30 juzuk dalam 1 ramadhan..memang dugaan..dugaan..kiranya nak highlight, tak dapat nak rehat memanjang la sebab tak nak terlepas pahala berlipat ganda bulan ramadhan..mana tau tu last ramadhan kita, siapa tahu kan? ALLAH je tau..

Nak highlight kan NIKMAT SIHAT tu tang ni ha...

satu malam tu, almost tengah malam, lepas baring@tidur rehat (nama pun tak sihat), rasa happy semacam yang SEMACAM lah..tau tak sebab apa? sebab saya rasa waktu tu saya sihat yang sihat lah (tak panas, tak loya, tak rasa nak muntah), gembiranya mak ai..terharu..terkeluar jugak la air mata..korang cuba bayangkan, terharu sebab dah lama tak merasa sihat..dah lama tak rasa macam mana rasa sihat..dah lupa macam mana rasa sihat tu..YA ALLAH..mungkin korang tak dapat FEEL tu,, tapi korang try to feel lah k..

Ya, bukan senang kita nak hargai SIHAT sebelum SAKIT tu..
Ya, mungkin kita fikir, sakit shari dua, pahtu sembuh, macam takde apa kan..takde efek sangat..takde sangat nak menimbulkan rasa betapa penting nya NIKMAT SIHAT tu..betapa pentingnya kita beringat dan bersyukur akan NIKMAT SIHAT itu..

saya waktu tu,,baru sedar, baru terhantuk, baru tahu,

Aku rindukan nikmat sihat ini, lama sudah ku damba, namun aku lalai, aku tak bersyukur akan nikmat sihat ini, dan mungkin sebab itulah Allah turunkan sakit ini, untuk ku beringat ingat dan mengingati teman yang lain..Ampunkan dosa ku YA ALLAH, kau sempatkanlah aku habiskan ramadhan ku ini jika ini yang terakhir. Kau kuatkan lah semangat ku, kau ringkanlah badanku untuk meraih pahala mu jika memang benar ini ramadhan terakhir ku. YA ALLAH, sesungguhnya dari MU ku datang dan kepada MU ku kembali.
Lepas tu happy ending ke? tak...NIKMAT SIHAT tu cuma datang malam tu je..pagi esok nya saya bangun pagi, badan panas, loya, memuntah bagai,, waktu tu.. waktu tu... baru lah ku tahu..barulah ku sedari.. ujian yang ALLAH bagi ini belum habis, belum sampai ke penghujung nya..

Ya ALLAH, jadikan aku kuat, jadikan aku redho, jadikan aku sabar, jadikan aku ikhlas dengan ujian mu, Jika sakitku ini kafarah dosaku, maka aku rela untuk terus sakit walaupun sakitnya tak tertahan..namun aku tahu, Engkau tak akan menurunkan beban melainkan aku mampu menanggungnya..

Maka, jangan kita lupa,,sakit itu kafarah dosa..pembersih dosa..syukurlah ALLAH bersihkan dosa kita kat dunia..daripada nun di akhirat kelak..tidakkan ALLAH itu MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG pada kita?



Begitulah ceritera nya.. sakit ni terhenti seketika sesampainya saya di kampung halaman..yela, sakit sakit pun, kena la sambut raya kan..terhenti kejap je, pahtu dia sambung balek..sampaikan bila berjumpa mak lepas balek daripada balek cuti raya, mak cakap "asyik tak sihat je kau ni, takde kje lain" (masa tu rajin balek, 1 bulan sekali balek walhal kpg di sarawak, tempat blajo nya di perak)..

BALEKKKK KAMPUNGG

Tahap kritikal sakit ni sampaikan saudara doktor tu pelik pasai takde batuk, takde selsema,tapi cuma panas je.. dia memang dah pikir lain, saya pun memang dah pikir lain, makcik pun dah pikir lain, kawan pun dah pikir lain.. lagi lagi, bila bawak tarawikh dan ngaji, panas tu ada la kureng aka reda (tapi ni boleh explain dari segi sains kot rasanya).. so, upgrade skills pasal ilmu2 ni..banyakkan amalan doa2 khas utk lindung diri dari sihir..untuk masa depan yang cerah dan gemilang..hehe

tu je lah nak cte...di harapkan dapat iktibar mengenai NIKMAT SIHAT ni, jangan pandang 'eleh' kat nikmat yang tuhan bagi ni..panjatkan kesyukuran , mari ucap ALHAMDULILLAH SEGALA PUJI BAGI ALLAH,,


*tegurlah, dan mohon maaf..yang baik itu dari ALLAH, yang buruk itu dari kekurangan saya sendiri.